Sabtu, 31 Julai 2010

Program Minggu Pusat Sumber





Program Minggu Pusat Sumber SK Simpang telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. program selama 4 hari ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. aktiviti-aktiviti yang diisi dalam program tersebut ialah:
1. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan 2
2. Pertandingan Membaca Bahasa Inggeris Tahap 1 dan 2
3. Pertandingan Mengeja Bahasa Inggeris ( Spelling Bee ) Tahap 1 dan Tahap 2

Rabu, 21 Julai 2010

Keprihatinan Guru Besar Sk Simpang












Hari Isnin yang lalu, seorang murid Sk Simpang tahun 6 yang bakal menduduki UPSR nanti tidak hadir ke sekolah kerana sakit. Guru Besar iaitu Cikgu Philip mengambil inisiatif untuk ke rumah murid tersebut di Kg tinura untuk bertanyakan khabar. Guru besar diiringi oleh Cikgu Hilmi, Cikgu Winston, Cikgu Richard, En Rubin dan juga beberapa orang murid dari kelas tahun 6 dengan menaiki kereta 4 wheel GB ke Kg Tinura.


kami menjejaki murid tersebut sehingga ke ladang kerana murid tersebut tiada di rumah kerana mengikut neneknya ke ladang.

Murid tersebut, iaitu adik Rahman dari tahun 6 telah mengalami sakit dan muntah-muntah sehingga mengeluarkan cacing melalui mulutnya. Akhirnya murid tersebut hadir juga ke sekolah pada hari Rabu tanpa sakit yang berkekalan.

Begitulah prihatinnya Guru Besar dan warga Sk Simpang yang lain dalam memastikan murid-murid sentiasa menjadi keutamaan dalam segala aspek baik dari segi pendidikan dan juga aspek kesihatan.

Ahad, 18 Julai 2010

Sekitar Pembahagian Baki Duit KWAMP 2009




Pada hari sabtu (17. 7.2010) telah diadakan aktiviti pembahagian baki duit KWAMP untuk tahun 2009. aktiviti ini di laksanakan pada hari Sabtu antara lain adalah untuk memenuhi sekolah ganti pada hari tersebut. Para warga SK Simpang begitu komited dalam memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. semua guru kelas menghadirkan diri untuk menyerahkan duit KWAMP kepada semua ibu bapa yang terlibat.

Program ini bermula pada jam 9 pagi dengan ucapan yang disampaikan oleh PK 1 sekolah iaitu Cikgu Marten kepada ibu bapa yang hadir. Penerangan diberikan tentang pembayaran yang perlu untuk aktiviti sekolah anak-anak mereka.

jumlah bayaran adalah RM200. manakala bayaran yang dicabut dari duit tersebut ialah RM10 setiap seorang murid untuk aktiviti kokurikulum di sekolah dan juga RM15 ringgit untuk satu keluarga murid untuk aktiviti HUPH yang akan dilaksanakan pada akhir tahun nanti.

Khamis, 15 Julai 2010

Kisah Si Racing Boy Sk Simpang..




Kelmarin, 14.7.2010, maka tersebutlah kisah seorang Racing boy pencen dari Sk Simpang mengalami kemalangan ngeri. kemalangan ngeri tersebut ialah di mana beliau pancit tayar motor di depan bilik guru SK Simpang.

Kesian kawan kita Si Ambaru tu.. baru cuba-cuba bawa motor ke Sk Simpang selepas balik dari persaraan di bidang permotoran (walaupun tiada lesen... Syyyyttt.. nanti kena tangkap itu polisi.. hahaha).

Inilah situasi sebenar yang harus dihadapi oleh kami guru-guru di SK Simpang ini. Perjalanan dari Pekan Tenom ke sekolah yang mengambil masa lebih kurang dua jam dengan melalui jalan 'grubbler' berbatu kadangkala amat memeritkan. Cuaca juga menjadi faktor yang menyebabkan para guru lambat tiba di sekolah. Jalan terlampau licin menyebabkan kemalangan mudah berlaku.. manakala cuaca terlampau panas menyebabkan batu-batu jalan timbul di permukaan menyebabkan tayar motor senang untuk pancit.

Nasib baik la ada ramai pula makenik bidan terjun SK Simpang yang sudi menghulurkan bantuan. terima kasih semua... akhirnya Racing Boy kita berjaya untuk membuat perjalanan pulang dari sekolah. Di harapkan dengan kejadian ini tidak akan mematahkan semangat beliau untuk terus menunggang motosikal ke sekolah untuk hari-hari yang seterusnya. Tahniah Ambaru! Tahniah warga Sk Simpang kerana tanpa kerjasama yang utuh seperti ini, mungkin Ambaru masih sedang sorang-sorang sedang sorong motor balik dari sekolah. hahaha....

Rabu, 14 Julai 2010

Jos Mengganas...!! Habis semua dinding sekolah dia kasi gerudi...





Kelmarin tiba-tiba sahaja Cikgu Jos mengeluarkan sebuah senjata misteri dari dalam keretanya. Bawa masuk kelas tahun 4. semua murid pun terkejut.. rupa-rupanya mesin gerudi dinding! Jos mahu mengamuk ka?!! iya.. dia mengamuk. tapi yang menjadi mangsanya ialah dinding sekolah.

Jos mengorek lubang pada dinding kelas untuk dijadikan tempat menggantung 'whiteboard' kelas tahun 4 dan tahun 6. selain itu juga, lubang turut dibuat untuk memasang papan tanda kelas di hadapan kelas tahun 4, 5 dan 6.

Selepas itu, bilik guru pula yang menjadi mangsa amukan Jos. Habis pula dinding di bilik guru dikerjakan. Cikgu Marten dan Cikgu Azis turut membantu Jos mengamuk.. lihat sendiri la aksi-aksi mereka. nak cakap pun tak guna....

Kem Motivasi UPSR 2010





Program Kem Motivasi UPSR peringkat sekolah tahun 2010 telah dijalankan pada 24,25 dan 26 Mei 2010 yang lepas. Program seumpama ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 6 khususnya tentang cara-cara menjawab kertas soalan UPSR. selain dari murid tahun 6, program ini juga melibatkan murid-murid dari tahun 4 dan 5 sebagai pendedahan awal kepada soalan-soalan berbentuk UPSR.Terdapat 5 slot aktiviti yang telah diatur dan dilaksanakan dalam kem tersebut iaitu:
Slot 1 - Ceramah Membina Jati Diri dan Keyakinan Pelajar.
Slot 2 - Teknik Menjawab Kertas B. Melayu UPSRSlot 3 - Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR
Slot 4 - Teknik Menjawab Kertas B Inggeris UPSR
Slot 5 - Teknik Menjawab Kertas Matematik
Majlis Penutupan pula diadakan dengan menjemput para ibu bapa murid terlibat. slot motivasi untuk ibu bapa turut diselitkan untuk manfaat bersama. pelbagai perkara berbangkit turut dibincangkan semasa majlis penutupan tersebut.

Jumaat, 14 Mei 2010

Peperiksaan Sudah pun Tamat.. Masa Menanda Kertas Pula!!


Akhirnya tamat juga minggu peperiksaan sekolah untuk penggal yang pertama. Betapa leganya guru-guru akhirnya dapat merehatkan diri setelah penat menunggu dalam kelas semasa murid menjawab soalan exam... bayangkan aja la, sunyi sepi aja suasana dalam kelas, murid-murid pun sibuk emnjawab kertas soalan yang diberikan. Cikgu layan tidur aja la di Meja Guru di depan kelas. hehehe..
Jeng.. jeng.. jeng.. Masa menanda kertas soalan yang dijawab oleh murid pula. Sekali lagi cikgu-cikgu SK Simpang jadi sibuk. Macam2 gaya jawapan murid. Sampaikan guru pun uda naik tensen.. hehehe.. Sabar bro, kenapa serius sangat menanda kertas jawapan murid 2??!!

Lihat la gambar-gambar guru SK Simpang yang begitu komited menanda kertas jawapan murid dalam bilik guru ni..!

Pembaikan Sambungan Elektrik di Blok Lama Sekolah




Pada 6.10.2010 yang lepas (Khamis). Kerja-kerja pembaikan sambungan elektrik di blok lama bangunan sekolah telah dimulakan. Seramai 4 orang pekerja dari syarikat kontraktor yang membina bangunan baru sekolah telah dipertanggungjawabkan untuk membaikinya...
Setelah hampir seminggu, akhirnya siap juga kerja-kerja mereka.












Dan... huyooo... terang o suda bilik guru. Ada lampu dan juga ada kipas angin. Hari pertama dapat menggunakan semula elektrik di bilik guru. Punya la syiok kami.. Semua lampu dan kipas kami 'kasi on' ke tahap maksimum!!

Rabu, 5 Mei 2010

Wah... Label Anyaman...



Pada hari Selasa yang lepas, tiba-tiba sahaja kerani SK Simpang, Suraina bersama-sama Pembersih SK Simpang telah memasang label kelas dan juga Pejabat Pentadbiran yang dianyam. Label ini sungguh unik dan menarik sekali kerana ia diperbuat daripada buluh serta dianyam cantik sehingga membentuk corak dan juga perkataan. Bingkainya pula terdiri daripada rotan dan di 'laminate' supaya tidak mudah rosak. Bila siap dipasang... emm, tengok lah sendiri hasilnya!! Cantik dan menarik!!

Isnin, 3 Mei 2010

Aktiviti Ujian Lisan Untuk Peperiksaan Akhir Semester 1




Pada 3 mei 2010 (Isnin), Ujian Lisan untuk Peperiksaan Akhir Smester 1 telah dijalankan di SK Simpang. Ujian Lisan ini wajib dijalankan di sekolah kerana untuk memenuhi PKSR seperti yang telah diminta oleh KPM. Peperiksaan bertulis untuk Semester 1 pula akan bermula pada minggu hadapan.


Ujian bermula pada hari Isnin dengan Mata Pelajaran Bahasa Malaysia. Manakala untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris pula ialah pada hari berikutnya. Semua guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris wajib melaksanakan Ujian Lisan di kelas masing-masing. Manakala guru-guru mata pelajaran seperti Sains, Kemahiran Hidup, Muzik dan lain-lain pula akan membuat Ujian Amali di kelas masing-masing.

Ahad, 25 April 2010

Kegiatan Unit Beruniform Sekolah



Badan Unit Beruniform Sekolah telah mengadakan perjumpaan kali ketiga pada 21 april 2010 yang lepas. Pada perjumpaan ini, semua ahli unit uniform iaitu Pengakap dan juga BSMM diwajibkan untuk memakai baju t-shirt unit uniform masing-masing. murid-murid begitu bersemangat dan bangga ketika memakai pakaian tersebut. apatah lagi baju tersebut baru sahaja dibeli. terima kasih kepada cikgu Faridah yang telah membantu membeli pakaian tersebut di Kota Kinabalu. diharapkan dengan permulaan seperti ini, aktiviti ko-kum di SK Simpang dapat dijalankan dengan lebih giat lagi. berikut ialah gambar murid bersama t-shirt unit uniform masing-masing.