

Program Kem Motivasi UPSR peringkat sekolah tahun 2010 telah dijalankan pada 24,25 dan 26 Mei 2010 yang lepas. Program seumpama ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 6 khususnya tentang cara-cara menjawab kertas soalan UPSR. selain dari murid tahun 6, program ini juga melibatkan murid-murid dari tahun 4 dan 5 sebagai pendedahan awal kepada soalan-soalan berbentuk UPSR.

Terdapat 5 slot aktiviti yang telah diatur dan dilaksanakan dalam kem tersebut iaitu:
Slot 1 - Ceramah Membina Jati Diri dan Keyakinan Pelajar.
Slot 2 - Teknik Menjawab Kertas B. Melayu UPSRSlot 3 - Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR
Slot 4 - Teknik Menjawab Kertas B Inggeris UPSR
Slot 5 - Teknik Menjawab Kertas Matematik

Majlis Penutupan pula diadakan dengan menjemput para ibu bapa murid terlibat. slot motivasi untuk ibu bapa turut diselitkan untuk manfaat bersama. pelbagai perkara berbangkit turut dibincangkan semasa majlis penutupan tersebut.
